4 April 2017 - 18:25
Tentera Syria Nafi Sekeras-Kerasnya Bahawa Mereka Terlibat Dalam Serangan Kimia Di Idlib

Pihak tentera Syria telah menafikan secara mutlak dakwaan yang dilemparkan ke atas mereka berhubung penglibatan mereka di dalam sebuah serangan kimia ke atas wilayah Idlib yang menyaksikan puluhan orang terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak tentera Syria telah menafikan secara mutlak dakwaan yang dilemparkan ke atas mereka berhubung penglibatan mereka di dalam sebuah serangan kimia ke atas wilayah Idlib yang menyaksikan puluhan orang terbunuh.

"Pemerintah tentera menafikan secara mutlak berhubung penggunaan senjata kimia atau bahan bertoksik di Khan Shaykhun pada hari ini," kata tentera Syria di dalam sebuah mesej yang diterbitkan oleh agensi berita SANA pada hari Selasa.

Pihak mereka juga menafikan sebarang penggunaan senjata tersebut sepanjang masa serta di mana-manapun. Mereka turut menegaskan bahawa mereka juga tidak akan pernah menggunakannya pada masa akan datang.

Pihak tentera turut mengatakan bahawa hanya pihak pembangkang dan mereka yang menyokong mereka sahaja yang akan menggunakan senjata itu.

Tentera Arab Syria turut menuduh bahawa pihak militan terkadang mereka cerita tersebut untuk menarik perhatian antarabangsa daripada menumpukan pandangan mereka ke atas kegagalan kumpulan itu di Syria.

/315